Followers

Sunday 31 July 2011

Persediaan Bertemu Ibu Mertua..

Yeah itu dia tajuk yang sangat pelik. Mana tak nya seorang gadis berumur 19 tahun menulis tips nak jumpa ibu mertua. Well, its ok korang kena accept juga la sebab aku da post da pun entry ni. =P


TIPS 1 = Persediaan Mental

Ingat ini amat penting sebab time tu korang akan rasa jantung bagai nak terkeluar sebab berdebar amat sangat. Korang kena ingat first impression amat penting, korang kena yakin supaya korang mampu mengurangkan kesilapan depan bakal mertua korang contohnya tumpahkan air masa menuangnya kedalam gelas. Ini penting sebab bila kamu gugup, kesilapan yang tak pernah kamu lakukan tiba-tiba je mudah terjadi. Ingat jangan takut, chill je anggap bagai nak pergi jumpa mak cik sebelah rumah CUKUP..!! Paham tak?(gaya cikgu garang kat kelas tuition da keluar hahaha)

TIPS 2 = Persediaan Fizikal

Sebenarnya persediaan fizikal ni tak bermaksud korang kena pegi salon atau pusat-pusat spa untuk naik kan seri (tapi kalau mampu itu kira bonus je la). Actually apa yang korang kena sediakan ialah pakaian dan sedikit oleh-oleh. Pakaian korang biar la sopan supaya sejuk mata memandang, tak perlu la nak glamour-glamour bagai, cukup sekadar ia KEMAS dan SESUAI sahaja. Jangan pergi sana sememeh je sebab bangun lambat(maklumlah gugup punya pasal sampai tak leh tido). Oleh-oleh pulak jangan kedekut sangat la kan.





Keluarga aku pernah dapat anggur hitam(satu plastik sebab keluarga aku ramai) as oleh-oleh daripada tetamu and I think it was brilliant sebab ia tak menunjukkan dorang tak kedekut dan anggur tu sedap. 10 kredit tuk dorang..!! So korang boleh curi idea ni atau bagi la epal, limau, atau pear sebab idea bagi buah tembikai yang merah tu da lapok ar. Lagi 1, malam sebelum pergi ke rumah bakal mertua tu korang kena tido awal. WAJIB(lagi-lagi yang pergi untuk bermalam, penat nanti tahu? Energy sangat penting).

TIPS 3 = Persediaan Manners

Manners ni akan menunjukkan tahap didikan korang. Masuk rumah orang jangan lupa bagi salam. Oleh sebab takut biasanya korang akan bagi salam tapi dengan nada yang terlalu rendah(huhu konon nak tunjuk sopan la tuww). Andai kata bakal mak mertua korang tak dengar sound problem tak ke korang gak yang susah jadi bagi salam dengan nada sederhana tetapi jelas lepas tu salam bakal mertua korang dulu baru salam orang lain. Lepas tu, kalau korang tengok ada antara keluarga bakal suami korang gah wat keje terus join dorang, jangan tunjuk berat tulang sangat la kan,huhu.





Pandai-pandai la pasang ayat time tu contohnya "susah-susah je masak ke,apa khabar ke, apa-apa la yang sesuai dengan masa dan tempat tu". Tapi kalau tak ada ape nak buat..dan untuk jaga keayuan korang yang tak berapa ayu tu duduk la bersimpuh huhu(klu kebas kena tahan la). Oh lupa pulak langkah masuk kaki kanan, jangan gelojoh sampai lupa pasal ni risau korang dapat bakal mertua yang cerewet. Last, korang kena bangun pagi lebih awal dari bakal mertua korang ini menunjukkan korang bukan jenis yang bangun selepas matahari tegak kat atas kepala tu. Korang perlu mandi, masak air, solat subuh lalu kejut yang lain. Barulah nampak macam menantu idaman gitu.. =p



TIPS 4 = Persediaan Kemahiran

Kalau disuruh membantu di dapur jangan panik, buat macam yang korang selalu buat kat dapur. Ada beberapa contoh yang korang mungkin lakukan walaupun da biasa masak. Pertama, jangan lupa ada beberapa jenis sayur yang perlu dicerai-cerai sebelum dibasuh dan dipotong saperti sayur sawi, jangan lupa juga semua sayur perlu dicuci sebelum dipotong. Lagi 1 kalau korang tak tahu sesuatu contohnya nak potong sayur kacang panjang halus-halus atau menyerong, korang buat muka comel, senyum dengan ceria kemudian tanya dengan yakin "Mak Cik, sayur ni mak cik nak saya potong macam mana ye? halus atau menyerong". Tapi korang jangan tanya soalan bodoh pelik-pelik sebab jawapan soalan kacang panjang tu kan boleh tengok jenis masakan, kalau tumis potong menyerong kalau nak letak kat telur, mee atau nasi goreng pula korang potong la halus-halus yang bulat-bulat tu. Benda ni akan menunjukkan korang bijak memasak. Tapi kalau da tak tau sangat jangan malu nak tanya ok. =D



TIPS 5 = Persediaan Beg

Beg amat penting untuk tidak menyusahkan pihak keluarga lelaki dan membuktikan kamu ni rapi dan terurus. Pastikan beg korang ada telekung, tuala,berus gigi, ubat gigi, pad, segala anak-anak, perapi diri(at least bedak,sabun buku dan sikat),beg plastik dan pakaian secukupnya. Walaupun korang tak bermalam kadang-kadang boleh terjadi kejadian yang tak diingini contohnya baju basah sebab kena hujan, terjatuh kat tempat kotor atau korang baik sangat sampai bakal mertua tahan korang sampai isyak da berkenan le tuww, tak kan korang tak mandi petang/malam? Orang lain da mandi korang je dengan baju yang sama, malu tahu time tu? Lagipun untuk situasi ni bakal mertua korang biasanya akan tanya nak mandi atau tak dan dorang akan offer baju untuk korang pakai. Jadi dengan beg yang berisi ni korang akan selamat daripada memalukan diri sendiri atau dengan kata lain menyusahkan orang. Jangan lupa pastikan beg korang tak nampak besar paham?


GOOD LUCK!!

Rasanya tu aje kot kalau aku teringat apa-apa lagi nanti aku edit ye. Semoga entry ni berguna untuk korang pada masa ni atau akan datang. Assalamualaikum.

4 comments:

rahimah said...

dah masa ke?hihihi

RAFIQAH SHAHIRA said...

ehem..biarlah rahsia..

chewah!!!hahaha

A'an said...

Adoy tergelak je aku baaca. Macam besok je nak kena pergi rumah mak mentua.. haha..
Keepidup!!!

RAFIQAH SHAHIRA said...

hahahaha.. bgos la ko gelak..
ko xtau prasaan aku tulis ni..
berkali-kali ak pikir ak ni gah merepek tau. tp ak teruskan gak taip.idea sendri plak tu,mane ak dpt pon ak xtau. pelik2..hahaha