Followers

Sunday 24 July 2011

Interview gila aku..

Kejadian ni berlaku pada temu duga medsi yang lepas di UITM Shah Alam (fakulti pendidikan) Takut gila sebab aku tak pernah pergi temuduga.


Aku : tok tok tok..(ketuk pintu dulu sambil bikin suspen kat korang hahaha)
Penemu duga : Masuk.
Aku : Assalamualaikum dan salam sejahtera puan,tuan.
Penemu duga : Waa’laikumsalam,sila duduk.
Aku : Terima kasih.
Penemu duga : Jadi cik Rafiqah Shahira(bukan nama sebenar huhu) kenapa anda memilih mata pelajaran ini sedangkan pelajar-pelajar lain berebut untuk memohon mata pelajaran seperti matematik,perniagaan dan yang selaras dengannya?(Aku apply pendidikan sains rumah tangga)
Aku : Pertama sekali, saya memilihnya atas dasar minat untuk mengajar tidak kira mata pelajaran apa sekalipun,selagi ia berkaitan dengan perkongsian ilmu tentu saya menyukainya. Sebab kedua, saya ingin membuka mata anak muda zaman kini terutamanya wanita agar mereka sedar bahawa untuk berjaya dalam pekerjaan mereka tidak perlu mengikut jejak lelaki 100% dengan cara bekerja seperti lelaki. Ini kerana, seperti yang kita tahu ramai wanita kini lebih cenderung untuk memonopoli bidang yang dahulunya hanya di kuasai oleh lelaki. Jadi subjek yang saya pilih ni sudah tentu untuk menarik minat wanita kearah sifat semula jadi mereka iaitu dalam masakan,jahitan,andaman dan yang berkaitan kerana bidang ini. Kerana bidang ini nampaknya mula didominasi pula oleh kaum lelaki. Saya harap jalan yang saya pilih mampu mengembalikan fitrah sifat manusia pada asalnya semula. Jika lelaki yang bergiat dalam fesyen boleh berjaya contohnya Rizalman, Michael Ong dan Jimmy Choo, bidang masakan seprti Chef Wan dan Chef Ismail mampu untuk terkenal, mengapa tidak kaum hawa menguasainya semula dan berjaya dalam bidang-bidang ini sedangkan fitrah dan jiwa mereka sebenarnya lebih dekat dengan bidang sebegini? Begitu juga dengan jawatan yang dipegang oleh Zety Aziz sebagai gabenor Bank Negara boleh dipimpin dengan jayanya sudah tentu kaum Adam yang lahir dengan sifat kepimpinan dan IQ yang tinggi juga boleh menjayakannya.
Penemu duga : (Mereka tanya soalan yang sama berulang kali mungkin sebab mereka tak puas hati dengan jawapan aku. Oleh sebab aku mula buntu dan geram jadi aku pun jawab…)
Aku : Saya tak boleh nak apply mata pelajaran yang lain sebab peruntukan yang diberi oleh pihak upu kepada saya cuma subjek ni, pengiklanan, psikologi (iaitu pilihan kedua upu aku), dan yang berkaitan dengan komputer.(Jawab dengan nada geram dan terdesak sebab da tak tau nak jawab apa,asalkan dapat jadi cikgu,huhu =p … Lagipun cuma dua subjek ni dekat area Selangor,yang lain tu Perak. Jadi tak mahu duduk jauh-jauh daripada family walaupun memang disuruh apply jauh-jauh)
(Penemu duga terdiam dan mereka pula kena terpinga-pinga cari soalan lain untuk aku)
(Tak lama kemudian mereka tanya kenapa aku letak sains rumah tangga sebagai pilihan pertama dan psikologi sebagai pilihan kedua. Aku jawab yang insyaAllah aku lebih berbakat dalam mengajar berbanding menasihati sebab kalau aku dengar masalah orang aku lebih terdorong untuk mendengar berbanding nak menasihati dia,kalau dia minta pendapat baru aku bagi pendapat. Malangnya mereka tak puas hati jugak dan asyik tanya soalan yang sama. Oleh sebab aku da tak ada idea jadi aku pun jawab dengan jawapan yang sama sahaja huhu,lagipun time tu hati da macam nak meletup kena interview buat kali pertama)
Then, tiba-tiba perkara yang tak disangka langsung berlaku.
Penemu duga : Did you have any experienced in cooking?
Aku : No, but I do cook at home for my family.(jawab dengan hentam segala the law of grammar yang ada hahaha)
Penemu duga : Can you tell us one of dishes that you cook?
Aku : Wait, should I answer it in English?
Penemu duga : Yes. (adus aku da dapat rasakan interview ni akan jadi makin teruk)
Aku : Well, I’m good in Ayam Masak Kicap.(BM pun BM la tu kan kata nama khas.hehe)



Penemu duga : Can you tell us how to cook it?(huh mati ni)
Aku : Firstly, we have to put onion, garlic, serai and ginger.(penemu duga da start tahan-tahan senyum. Memang siot je aku rasa time tu)
Penemu duga : You put it in what? In a pot?
Aku : No, pot only for something with soup.(penemu duga angguk-angguk sambil gelak sebab aku bagi tau dorang benda yang satu dunia da tau) You have to put it in a aaaaaaaaaaa.. I don’t know the name of that thing, that thing,erm.. that thing,ermmm.(sambil buat gaya kuali. Cukup untuk dorang gelakkan aku tau,sedeyh aku.. =( ) Can I just tell the procedure in BM?
Penemu duga : No. (aku da tak keruan. Ya Allah,apakah yang patut ku lakukan?bisikku dalam hati yang resah.Tak lama kemudian mereka cakap..) Its ok, just list all the ingredient that you use.(fuh lega da sikit)
Aku : Ok,there are onion,garlic,serai,ginger,oil,chilli,oyster sauce and of course chicken(bangga gila!! Huhu.. sambil fikir apa lagi yang kurang)
Tiba-tiba…
Penemu duga : How about soy sauce?
Aku : Oh no, I did not use soy sauce while cook Ayam Masak Kicap.
(ketiga-tiga panel temuduga tu gelak sakan bila dengar jawapan aku, ”huh ape la yang seronok sangat?” pikir aku)
Penemu duga : Jadi kamu tak guna kicap la masa masak Ayam Masak Kicap tu?
Apa lagi? Aku tepuk dahi kat situ juga dan join penemuduga tu gelak. Aku cuba jelaskan tapi mereka angkat tangan tanda faham dengan situasi aku. Kemudian mereka cakap kat aku yang aku da boleh keluar. Tapi bila aku nak keluar sempat lagi salah seorang daripada mereka panggil dan cakap “Cik Rafiqah,serai dalam English ialah lemon grass ye.” Aku gelak lagi dan cakap thank you pada mereka.
Hahahahahahahahahahahahahahahaha..!!!!
Aku lah satu-satunya pelajar yang keluar daripada bilik tu dengan ketawa dan aku rasa peluang aku macam tipis je nak lulus medsi ni(tapi boleh cover hati aku yang gundah ni sebab aku gelak tak habis-habis). Kini aku dapat course Bachelor(Pendidikan Sains Rumah Tangga) di UPM. AHHHHHHHH happy sangat-sangat thanks kat mereka yang telah menemu duga aku dan menyebabkan aku lulus Medsi.

12 comments:

'adawiyah az-zahraa' said...

waahh..best interview in dual lang..
kte x prnhh dpt interview yg ada ckp malay

mizz_pua said...

Best la..lawak pun ada interview nie..nmpak gaye aq pun kne praktikkn bi..huhuBest la..lawak pun ada interview nie..nmpak gaye aq pun kne praktikkn bi..huhu

Mior Syabab said...

hahaha. serai seraii. lawak gulin2. :D

misSbLurRy said...

mahahahahaha tang serai aku da prasan dr awal2...

paling xleh blah soy sauce.....mmg nie xleh blah gile..
tp ye la..1st time kene interview...mmg cuak..aku rasa berkali2 pun still cuak

rafiqahshahira said...

puteяi ʓαняα = best gak la sebab tgk muka orang len sume stress je kuar bilik(bilik inter) tu..

rafiqahshahira said...

mizz_pua = terkejut btl bile dorg start ckp bi..mmg pas ni kne praktis byk2 la kan2?

rafiqahshahira said...

Mior Syabab = serai yang membaa tuah tau tu sbb lulus gak interview tu,huhu

rafiqahshahira said...

#membawa

rafiqahshahira said...

misSbLurRy = itu la psl..patutla pelik je muke dorg time aku ckp serai..hahaha =D

Linabidin said...

Hi, nak tye skrg awak study lagi atau dah jd ckgu? Sbb sy pun ada ivw kos yg sama dyn awak sabtu ni ��

Unknown said...

Bestnya akak dpt course ni. Saya iv esok hmmmm

Anonymous said...

Im gonna this course iv next week. Is it individual? ��������