Followers

Wednesday 4 April 2012

1 HARI BERDIAM DIRI

Cuba 1 hari berdiam diri, banyak yang kita akan sedar, banyak yang kita akan perasan, banyak juga yang kita akan belajar.

Melihat manusia, melihat alam, macam-macam yang kita akan nampak. Siapalah kita nak dibanding dengan MEREKA? pada saat mereka berzikir, kita sibuk dengan hal dunia, yang tak kan bawa kemana-mana.

Cubalah.

Berdiam diri 1 hari..

GAMBAR HAIWAN INI TERMENUNG MEMANG MELUCUKAN DAN BOLEH BUAT KITA KETAWA TAPI HAIWAN-HAIWAN INI SEBENARNYA SIBUK BERZIKIR MEMUJI KEKUASAAN ALLAH

Monday 5 March 2012

Nak kawin..!!

Mak nak kawin boleh tak? hehehe *eleh blaja tak habis, gatal nak kawin. hahahaha



alamak cantiknya cincin ni, Tak terlalu sarat, tak semuanya emas dan tak semuanya putih


Biasalah perempuan, cakap pasal kawin sikit, mesti excited semacam. Nampak kawan kawin mesti Fantasi bulan madu terbayang-bayang kat fikiran kan kawan-kawan? *aish geleng kepala pada diri sendiri.


Tapi kan, betul ke budak belum habis belajar atau secara officialnya pelajar tak patut kawin awal.
Well, pada pendapat aku la, kalau korang nak kawin sangat. Kawin je la, tak payah nak banyak pikir sangat.


ala-ala princess tapi menutup aurat.. CANTIK!!


Tapi mak cik kat ofis aku dulu pernah bercerita, dulu dia habis je study terus nikah. gaji pertama dia terus nak kena guna beli baju, lampin dan susu baby dia. Mak cik tu cakap dia tak menyesal pun nikah dan memiliki baby yang comel tapi still sebagai manusia apabila kita tak dapat beli barang yang kita nak kita akan rasa kecewa. Dan dia harap anak dia takkan rasa apa yang dia rasa.


So, moral of the story, kalau korang rasa korang bakal alami apa yang mak aku alami, korang fikir-fikir la semula niat korang nak kawin tu. Mampu ke korang elakkan perkara macam tu dari terjadi. 


Apa-apa pun kalau hukum Da wajib nikah keatas korang maka tunaikan la tanpa ragu-ragu ok? Good luck!!

Saturday 29 October 2011

Hantaran Oh Hantaran


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
...
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000


***TETAPI YG DEGREE KE ATAS KALAU XPANDAI "MASAK" AUTOMATIC AKAN DI TOLAK 50% DRPD NILAI BIDAAN.

Siapa setuju dengan bidaan di atas? Angkat kening!! Kerana anda akan dapat banyak duit hantaran jika anda merupakan pelajar lepasan diploma keatas.


Tapi rasanya aku nak tambah sikit la dengan syarat-syarat kat atas tu. Lagipun syarat-syarat tu aku cuma copy dari post kawan kat facebook.






Syarat dari aku pula ialah tambah 0 pada setiap angka hantaran jika anda wanita yang taat beragama tetapi tolakkan 0 di setiap angka juga sekirannya anda keras kepala untuk mengenal taat pada agama.


Ilmu itu umpama pokok yang sentiasa berbuah, yang mampu berbakti kepada sesiapa sahaja tanpa mengira balasan tetapi agama itu umpama akar kepada pepohon.


Bagaimana pohon berbuah jika akarnya rosak?Tak salah jika anda tersilap langkah tapi memang salah jika anda tak mahu berubah.

Masih tak setuju dengan pendapat aku? Hem...apabila seorang wanita dikahwini seorang lelaki maka akan terjadilah 2 jenis situasi:
  1. Beban seorang suami bertambah berat dengan dosa-dosa isteri yang ingkar pada agama.
  2. Beban suami bertambah ringan dengan kesolehan isterinya. Ala macam lagu Isteri Cerdik Yang Soleha tu.
boleh jadi ciri-ciri lelaki idaman ni...!!


Jadi logik la apabila seorang wanita itu semakin cerdik maka semakin mahal la harga pada dirinya tetapi ia harus berlandaskan iman dan ketaqwaan. *lagipun tak kan kita nak mulakan sesuatu perhubungan dengan menyusahkan orang tu kecualilah jika dia mampu.

Akhir kata, terimalah ilmu atau nasihat itu walaupun ia diucapkan oleh seorang pelacur kerana belum tentu orang yang beragama akan menyampaikan ilmu atau nasihat yang sama kepada anda. Think positively and have a nice reading. =D

p/s : jangan letak mahal-mahal jika kita cuma bebankan orang yang kita sayang kerana sebaik-baik wanita ialah wanita yang paling mudah urusan maharnya. ;-)