Followers

Thursday 28 July 2011

PELACUR LAGI TINGGI DARJATNYA TAU!!

Tadi aku baca kira macam discussion sahabat-sahabat kat Ilmu Infinity. Topik mereka ni tentang pelacur. Jadi pada readers sekalian apa pendapat korang tentang pelacur ni?(ulang balik soalan Wafiy Azman)

Jawapan yang mungkin diutarakan :

1. jijik.
2. jangan dekat takut nanti terpengaruh.
3. mungkin boleh berubah.
4. mungkin dorang terpaksa sebab terdesak nak cari duit.
5. banyak lagi kerja halal yang dorang boleh buat kenapa pilih jalan mudah?
6. kalau da jahat, jahat jugak.
7. sape la yang sanggup beristerikan dorang?
8. macam-macam lagi la(blur sebab ak kan baik so xtau la nak ckp pe hahaha,perasan tol!!)



Jawapan aku?

Tiap manusia ada masalah masing-masing. Tak ada siapa yang melakukan kesilapan secara sengaja. Ada gak yang tak sengaja terikut hawa nafsu. Siapa kita nak judge dorang? Siapa kita nak hukum dorang? bukan ke dorang sehabat kita jadi kenapa kita tak tolong? Dan persoalan yang nak dibincang kat sini ialah mana aku tau taraf pesalah-pesalah seperti pelacur ni mempunyai darjat lagi tinggi?

Yes, aku memang setuju yang taraf pelacur boleh jd lagi tinggi berbanding taraf kebanyakkan orang biasa tetapi ini hanya bolah terjadi hanya jika mereka bertaubat. Tapi kenapa aku cakap lagi tinggi daripada orang biasa? Patutnya orang biasa lagi baik sebab dorang tak pernah melacur atau at least orang biasa tau jaga maruah dorang. Tak macam pelacur, tak ada otak sampaikan maruah pun nak dijaja-jaja.

Sebab wanita sekarang tak sehebat dulu. Wanita sekarang terlalu murah, abang2 sayang(sayang la sangat) merengek sikit da mula la menggatal. Sekurang-kurangnya pelacur tu tau gak nak kena kan harga mahal-mahal berbanding perempuan lain yang cuma fikir nafsu dan persembahkan mahkota diri secara percuma.


Jadi sekarang salah ke kalau aku cakap pelacur yang bertaubat lagi bagus daripada wanita biasa? But of course la its depend on iman individu tu sendiri. Islam sekarang kan da semakin asing oleh itu golongan yang asalnya asing daripada pengertian agama Islam itu la yang kini lebih menghayati agama Islam yang semakin asing bagi umat yang memang kenal Islam ni. Sebab apabila dorang dapat peluang mengenali dan menghayati agama Allah ni dorang rasa bertuah sebab diselamatkan daripada kejahilan.

Korang kena ingat apabila korang dilahirkan dalam keluarga yang memang ada menerapkan didikan Islam pada korang, korang semua sebenarnya amat bertuah. Lahir-lahir je da diselamatkan daripada agama yang salah,penyembahan berhala dan pemakanan yang haram. Tapi cuba kau tengok kau bukan makin ramai yang tau bersyukur malah makin ramai pula yang membanggakan amalan agama lain.





Ok, its fine kalau korang kata manusia sentiasa lupa dan buat silap tapi ingat korang masih tak ada hak nak benci,jijik,maki atau memulaukan orang-orang yang da silap langkah macam para pelacur kat Chow Kit tu. Kalau korang buat silap mesti korang nak peluang dimaafkan kan? macam tu jugak dorang, kalau bukan kita yang bantu dorang siapa lagi?bak kata Mior Syabab kita mesti benci maksiat bukan perilakunya. Korang tak kan mampu memahami kesukaran orang yang nak berubah jadi stop tambah beban dorang lagi ok semua?

Ok cukup-cukup la tu kita akhiri entry ni dengan berhenti membenci pelacur tetapi bantulah dorang dengan cara at least bagi dorang peluang terutamanya yang tengah nak berubah jangan dipulaukan malahan kita patut sokong, kalau dorang perlukan kerja dan kebetulan korang memang nak guna pekerja apa salahnya offer kat dorang? InsyaAllah korang da berjaya topup pahala kat situ sebab bantu dorang melakukan penghijrahan positif dalam hidup dorang(sampai mati dorang akan ingat,percayalah!!) =D

4 comments:

Anonymous said...

okay. nice entry bebeh! lepas ni boleh petik nama aku pulak. haha

rafiqah shahira said...

boleh2.nice je? entry je? tuan punya mcm mne?
alamak memang ak btol2 da jd kuat perasan la..mcm mne ni..

Ejat Akmal said...

entry yg menarik!!

rafiqahshahira said...

tq ejat cuz baca..nice action!!huhu