Followers

Tuesday 20 September 2011

Niat Kau Jahat..!!

Assalamualaikum, setelah lama tak update hari ni iqa nak cakap pasal niat. Hutang-hutang lama tu nanti iqa update kemudian ok?

Iqa ada kawan mulanya freehair, sekarang da pakai tudung. Bila ditanya kenapa pakai tudung, dia jawab dia baru je start, dia pakai lepas dapat sokongan dan tarbiah agama dari pakwe dia. So apa la pendapat korang-korang yang tengah baca ni?

Tarbiah + Pakwe = Not A Good Combination... Right?



Tak lama kemudian dia datang mengadu kat iqa yang senior-senior dia dok pulau-pulau kan dia. Sindiran dan jelingan jadi makanan seharian. Termasuklah teguran secara sinis guna microphone dalam dewan. So, now dia menangis-nangis beritahu yang dia give up pakai tudung. Even before this, dia boleh dapat ramai kawan tanpa tudung.

Pada sesiapa yang mengalami hal sebegini bersabarlah, insyaAllah Allah bersamamu.

JANGANLAH KAMU BERASA LEMAH, DAN JANGANLAH PULA BERSEDIH HATI, SEBAB KAMU PALING TINGGI DARJATNYA, JIKA KAMU ORANG BERIMAN. (surah ali imran,ayat 139)

Sedangkan Allah memujuk mu dengan kata-kata yang indah masakan kamu berputus asa semata-mata dengan kata-kata nista insan selemah mereka? Maka bersabarlah jika kamu orang yang beriman(percaya akan keEsaan Allah) maka kamu lah orang yang paling tinggi darjatnya.

Ingatlah niat pertama tak selalunya sempurna, mungkin niat kita saja nak cuba-cuba, mungkin juga ikut kata ayah ibu, atau mungkin juga kerana ikut peraturan sekolah, atau rasa diri dah besar. Berapa ramai sangatlah yang mula bertudung kerana benar-benar ikhlas kerana Ilahi. Berapa ramai yang tak pernah riak dengan amalannya. Hakikatnya manusia itu mudah lupa, lupa pada fitrahnya yang lemah dan sentiasa memerlukan sokongan.



Kenapa tidak kita menyokong mereka yang mencuba berhijrah ke jalan Allah ini meskipun kita tahu niat awal mereka tidaklah semulia mana? Niat awal mungkin terpesong sedikit tapi percayalah jika kita memberi sokongan dan bantu mereka memantapkan iman mereka nescaya lama kelamaan cinta mereka pada agama, kehausan kasih dari Ilahi, keteguhan hati pada agama itu akan lebih kukuh berbanding cinta mereka pada pakwe-pakwe mareka.

Sayang melihat rakan-rakan hilang arah dalam hidup tapi ada antara mereka tidak salah seratus peratus, mungkin kita yang lupa pada mereka, lupa mengajak mereka ke surau, lupa mengajak mereka membaca al-Quran dan lupa mengajak mereka menyintai Allah serta apa yang dicintaiNya. Moga apa yang iqa tulis bermanfaat buat diri iqa serta yang membacanya. InsyaAllah....