Followers

Friday 29 July 2011

Surat Buat Mu Wahai Adam

Wanita itu memang rumit..terlalu rumit untuk difahami,terlalu sukar dijelaskan kerana lumrah mereka lebih kompleks berbanding lelaki. Tak seperti lelaki yang terlalu mudah fikirannya,terlalu lurus untuk difahami tetapi lelaki fitrahnya lebih pintar. Tapi akibat kelurusan dan mudahnya fikiran mereka adakalanya gagal memahami fikiran wanita ini.




Wanita memang kompleks, apabila tersentuh mereka katakan tidak, apabila sedih mereka menangis. Air mata memang popular di kalangan wanita tetapi ramai yang tidak sedar air mata itu mengalir kerana tabahnya hati wanita, air mata itu untuk melepaskan beban di hatinya. Tahukah kamu walaupun wanita mudah mengalirkan air mata di depanmu tetapi sebenarnya jika kamu memerhati wanita disekelilingmu baik-baik kamu tak kan mampu melihat wanita mengalirkan air matanya di depan sembarangan orang kerana wanita mementingkan harga dirinya.

Wanita itu memang rumit, apabila mereka terasa hati mereka akan mula merepek kononnya tak mahu ini,tak mahu itu tapi dalam hati sebenarnya mahu(konon merajuk la tu). Tapi sebagai lelaki kamu jangan tertipu dengan mainan kata-katanya,tunggu dan sabar sampai hatinya stabil dan tanya semula tentang keinginannya tadi. Kalau rasa tak mampu kerana nak jaga ego. Ambil langkah diam kan diri bila da selesai baru pujuk. Jangan malu nak pujuk wanita, tidakkah kamu mahu wanita yang mahal harga dirinya?


Apabila wanita menangis jangan sekali2 kamu meninggalkannya sendirian kerana itu adalah bahagian yang paling lemah dalam saat hidupnya. Sekali lelaki lain memahami dan memujuknya, sudah pasti kamu akan menyesal seumur hidup kerana lumrah wanita akan terhutang budi seumur hidup pada orang yang sanggup mendengar keluhannya sehingga dia ketawa. Saat itu bayangan kamu hanya mengganggu kotak fikirannya.

Apabila wanita marah pada lelaki, marahnya biasanya terdiri kepada 3 sebab, yang pertama kamu menyalahkan dirinya atas kesalahan yang dia tidak lakukan, yang kedua kamu melakukan kesalahan dan yang ketiga dia bersalah tapi tak mahu mengakuinya. Lelaki terkenal dengan kata-kata manis bukan? Kenapa tidak gunakan kehebatan mu pada waktu-waktu sebegini? InsyaAllah semua marah akan reda, semua kesilapan akan terungkai, dan pergaduhan dapat dielakkan. Tips rendahkan ego dan sabar sebentar hingga marahnya reda lepas tu kalau kamu nak marah, marah la kerana pada saat itu wanita cuma akan meminta maaf padamu(jika dia bersalah).



Malangnya di sini ingin dimaklumkan lumrah wanita mudah bosan, selagi komitmennya tidak mantap, jangan lah kamu mendekati mereka kerana kelak diri merana bila dapat tahu wanita itu main kayu tiga(sebab tu jangan couple awal2 ni,huhu). Bagi yang setia jangan dipermainkan perasaan mereka kerana sekali dipermainkan dendam kesumat di hati mereka akan membinasakan lelaki yang seterusnya (senang cerita da jumpa wanita yang baik cepat-cepat la nikah, kan senang?).

Lumrah wanita itu memilih,adakalanya mereka bijak menjalankan ujian padamu tanpa sedar. Untuk menilai kemampuan agamamu, zahir serta batinmu(means blh tahan godaan dunia semua wanita xnak dimadukan, kalau boleh la..). Jika kamu gagal janganlah menyalahkan mereka, bukankah mereka ada hak untuk memilih tetapi jika kamu diberi peluang, hargai dan majukanlah dirimu. Jika dia sendiri yang gagal dalam ujianmu ketahuilah dirinya tercipta dari rusukmu yang bengkok, berlembutlah agar ia lurus, jangan berkasar, bimbang ia patah lalu menjadi lebih teruk pula.



Wanita itu istimewa jadi jangan dirosakkan, hargailah dia seadanya, cuba fahaminya isi hatinya, lihat kedalam matanya tidakkah kamu menemui bakal-bakal hiasan dunia yang paling indah? Merekalah bakal-bakal isteri solehah serta ibu mithali buat anak-anakmu. Maka terpulang kepadamu membentuknya ke syurga mahupun neraka, jangan biar mereka jatuh seorang diri. Tidak kira jika mereka ibu kamu, kakak, adik mahupun isterimu. Kamu dilahirkan lebih pintar maka galaslah tanggungjawab mu dengan bijak dan berani, lalu pimpinlah mereka menghadapi dunia yang kotor ini.

Wahai kaum Adam terletak di tangan mu lah arah tuju hidup wanita ini, hanya kamu yang dapat menyelamatkan mereka, hanya keindahan kata-katamu mampu melembutkan hati mereka dan hanya didikan mu dapat membentuk peribadi mereka. Jadi berhenti mencaci mereka, dengarlah rintihan hati mereka yang kehausan belaian lembut kasih Islami yang dahulunya pernah menyelamatkan mereka daripada kejahilan penduduk dunia.



Wahai ayah, didik anak perempuan mu, wahai abang temani langkah adik perempuan mu, wahai adik perhatikan tindak tanduk kakakmu, wahai suami semai lah benih cinta pada isterimu agar wanita disekelilingmu sekali lagi mampu melangkah sebagai muslimah yang disanjungi kerana akhlaknya yang selaras dengan kehendak Ilahi.

7 comments:

Kucing Serius. said...

YESSS! Finally someone bersuara. :DDD

rafiqah shahira said...

:D thanks..but its true rite..?

Anonymous said...

ohoiii. very like this post =)

rafiqah shahira said...

like it too.. thanks coz sudi baca.

naim omar said...

rumitnye XD

Mior Syabab said...

Ingat tu wahai kaum Adam ^^

RAFIQAH SHAHIRA said...

naim = mudah lawannya kompleks bru blh ngam..

mior = btl3..igt tu. =p