Followers

Saturday 30 July 2011

Mari Ber revolusi!!

Sekulariti.

Benda macam ni dah terlampau mengaburi mata manusia sekarang ni. Serius aku tak tipu. Nampak muka aku menipu ke? Haa. Tak kira kau cakap dekat celah pelusuk dunia,di mana pun. Memang. Perkara macam ni tetap berlaku. Dengan kuatnya mempengaruhi minda manusia,tak kira kat mana pun.

Kenapa aku ambil berat pasal benda ni,sejak ustaz aku cakap dulu. Sekarang,memang ada satu jenis pemahaman di dunia ni. Dan semua pemahaman tu,leads to sekulariti. Which is,bila tengok tengok balik,orang Barat guna cover dengan ideologi dorang.

Pemahaman zaman moden kononnya. Kononnya.





Pemahaman zaman moden,kalau nak diikutkan,adalah sangat lain. Bukannya buat jahat tu bermaksud moden. Tidak. Bukannya hilang dara bermaksud moden. Tidak. Sungguh tidak. Bukannya menegakkan hak orang Gay tu moden kononnya,tidak.

Sangat tak logik kalau difikirkan balik kononnya menegakkan kebebasan bersuara. Menegakkan Freewill masing masing. Adakah apabila hak menutup aurat,hak nak mengamalkan syiar Islam tu,semua itu diabaikan dan ditentang habis habisan oleh Barat,itu semua kebebasan bersuara?

Mengapakah orang Gay dan Lesbian diangkat angkat,dibangga banggakan kerana kata dorang tu ada hak untuk melayan nafsu sendiri,dikatakan Freewill? Mengapakah bila orang bertudung nak cari kerja tu ditindas,tapi pihak yang menindas tu,sibuk sangat nak menegakkan Freewill?

Kebebasan suara,dan freewill memang perlu,tapi ada limit dia. Kalau diorang diorang lah. Tapi kita ni. Muslim. Ada pendirian masing masing.bersambung di sini...



Inilah gandingan sekumpulan warga yang concern dengan keadaan semasa.

Dorang ni bukan ahli politik yang mengejar pangkat, bukan juga sasterawan yang mengejar nama malah bukan juga hartawan yang mengejar wang ringgit.

Berbekalkan keikhlasan dan kecekalan mereka bangkit untuk meyedarkan generasi kita daripada terus dibuai mimpi. Satu tindakan berani yang patut dipuji, kerana untuk melakukan hal sebegini memerlukan kekutan mental dan fizikal. Kerana melawan arus bisa membuat tubuh yang kerdil hanyut dihempas ombak.

Namun begitu jangan biarkan dirimu hanya menyumbangkan kagum pada mereka, hulurkan bantuan dan sumbangan agar mereka mempunyai tapak yang cukup kukuh andai tsunami menyerang mereka.

Oleh itu bangkit la wahai rakan-rakanku, Syiar Islam bukan saja memerlukan tubuh mereka malahan kita semua la yang patut menjadi tangan dan kaki mereka agar lengkap la satu badan yang dinamakan GENERASI PENCETUS REVOLUSI.

Ingatlah langkah yang kecil mampu menjadi besar, lego yang pendek mampu menjadi tinggi, dan jalan yang bengkok boleh diluruskan tetapi kita lah PEMULANYA..atas tu petikan daripada blog MEMADAM KOMPLIKASI. 

LINK ke blog mereka(memadam komplikasi)

2 comments:

Anonymous said...

da join!!...maceh..XD

RAFIQAH SHAHIRA said...

join yg mne tu?huhu bkn join blog ni tau..join link bwh tu tau..