Followers

Friday 29 July 2011

Lelaki Itu Hebat..

Aku seorang wanita yang kompleks. Kadang-kadang aku tak terkecuali bercakap tentang sifat lelaki(yang buruk2 such as ego,bajet bagus dan mcm2 lagi) tapi itu tak bermakna aku tak pernah cuba fahami mereka. Dunia ni penuh dengan persoalankan? Jadi bila aku mula faham beberapa persoalan tentang mereka, aku cuba menulis(kalau salah cepat2 bagi tahu,sebab aku bukan hebat sangat pasal laki ni).

Wahai wanita sifat lelaki ingin melindungi terlalu tinggi sampai sanggup biar diri mereka merana. Andai kata korang buat silap kemudian cari lelaki dan menangis-nangis minta tolong, aku berani jamin dorang sanggup mengaku salah bagi pihak korang(bergantung pd hubungan dan jenis kesalahan). Masa tu korang hanya mampu tengok je lelaki tu kena belasah dengan bapak korang. Bila timbul rasa bersalah korang pun mula la tunjuk simpati dan minta maaf kat dorang, tapi dengan gaya cool dorang cakap "tak pe,sikit je ni, tak sakit pun", padahal bila korang da blah, jalan pun dorang terpaksa dipapah.



Wahai wanita pernah tak korang kena tampar sampai pecah bibir atas tindakan bodoh korang yang terlalu ikut perasaan(time tu xsedar bila perasaan da TAK menguasai akal baru sedar yang korang da wat benda bodoh). Kalau tak pernah at least kena tengking sampai korang nangis. Bila air mata korang mengalir terus lelaki tu lupa yang korang ada buat salah dan mula fikir macam mana nak wat korang happy balik. Bila da happy sekali lagi korang akan rasa bersalah dan minta maaf tetapi sekali lagi dengan ikhlas dorang cakap "tak apa tapi lain kali jangan buat lagi tau?". Sedar tak time tu perbuatan dengan akibat yang korang terima langsung tak adil, tak seimbang dan tak setimpal dengan kesalahan korang?

Wahai wanita, pernah tak bila korang luka tiba-tiba je lelaki di samping korang jadi panik. Sampai baju baru berjenama pun dorang sanggup korbankan untuk pastikan darah korang yang seciput tu tak terus mengalir? Lepas tu korang pun cakap "Tak pe lah, sikit je pun ni, pakai tisu aje la. Nanti kotor baju tu". Lalu dengan tegas dorang jawab "Sikit ape ni sampai berdarah, Tu la lain kali hati-hati la sikit, baju ni rosak pun tak apa, boleh beli lain, tapi kalau jadi apa-apa kat kamu ingat boleh cari ganti ke?". Korang pun senyum terharu tanpa sedar yang baju mungkin hadiah hari jadi daripada mak dia (entah-entah korang pun tak ingat birthday dorang).



Jangan salahkan mereka jika terlalu tegas, jangan salahkan mereka jika selalu sibuk bekerja,jangan salahkan mereka jika terlalu mengongkong,jangan salahkan mereka jika suka sangat suruh korang berhias, dan jangan salahkan mereka jika mereka sedang menjadi seorang lelaki dalam hidup kamu.

Mereka tegas untuk mendidik, bukankah semua wanita mendambakan suami yang mampu memimpin ke arah jalan yang lurus? Jadi kenapa dilawan kata-kata mereka apabila menyuruhmu menutup aurat, solat serta puasa? Lelaki yang bijak tahu tahap ketegasan yang diperlukan untuk meluruskan rusuknya yang bengkok(kalau tak nak lelaki yang tegas sampai tahap memukul pilih baik-baik,biar cerewet sedikit asalkan hidup selamat) Kamu tu hak mereka tau, untuk jaga kamu daripada api neraka mereka sanggup buat apa saja. Oleh itu, hormati dan taatilah ketegasan itu.

Mereka sibuk kerana tak mampu melihat dirimu kelaparan di rumah. Sifat bertanggungjawab mereka telah memaksa mereka untuk menjaga kebajikanmu. Malah untuk dirimu mereka lebih rela memilih kelaparan demi memastikan kamu kekenyangan. Tahukah kamu lelaki mampu untuk menangis sambil tersenyum puas dalam hati hanya kerana melihat dirimu kenyang dengan wang hasil titik peluh mereka(perasaan tu cuma lelaki je yang faham). Kerana itu, bersyukurlah dengan apa yang mereka berikan, jangan kamu membebankan mereka dengan meminta-minta barang-barang yang merepek(semata-mata nak lawan dengan jiran sebelah rumah).



Mereka mengongkong kerana bimbang. Mereka sebenarnya faham yang wanita ni lembut fizikal serta hatinya maka kamu lebih mudah terpengaruh(kerana banyak guna perasaan berbanding akal). Oleh sebab sibuk cari rezeki mereka tak mampu nak temani kamu kesana kemari(kalau dorang mampu aku jamin dorang siap jadi bodyguard lagi kat sisi korang) tambah-tambah lagi dengan situasi dunia kini yang terlalu kronik. Jadi pendekatan paling mudah yang boleh diambil ialah mengawal pergerakanmu. Oleh itu, berbanggalah kerana masih ada yang mahu melindungi dirimu.

" Awak ni kalau depan saya cubalah lawa-lawa sikit. Ni tak, benda putih bertepek-tepek kat muka."

Bila dengar ayat ni pemikiran wanita yang kompleks automatik pikir yang lelaki tu da tak sayang kita,time bercinta beriya-iya kata terima seadanya, sekarang sibuk suh lawa-lawa kan? Tak kurang juga ada lelaki yang sanggup hantar isteri dorang pegi salon..haha memang bikin hati panas je ek?

Wahai wanita,ingatlah lelaki ni terlalu lurus. Apabila mereka suruh berhias bukan kerana mereka da tak minat pada kamu tapi sebenarnya mereka memang nak kamu berhias, dorang ni cakap tak pandai lapik tau tak? Sebenarnya dorang nak korang lawa-lawa untuk dorang, seorang isteri da diibaratkan macam bidadari dunia tahu? Dan kaum lelaki ni selalu nak satu-satunya bidadari yang mereka miliki tu sentiasa sejuk mata dipandang kerana kamu la satu-satunya wanita yang mereka mampu pandang dengan penuh kasih sayang yang halal. Jadi berbanggalah dengan statusmu lalu berhiaslah untuk yang halal bagimu.



Pada pendapat aku, seorang wanita tak layak cakap "aku menyesal mengenali kau" pada lelaki(mestilah lelaki yang baik, yang tak baik terkecuali huhu). Sungguh!! Tanpa kau sedari banyak dah insan bernama lelaki ni berkorban untukmu. Salahkah apa yang aku telah utarakan? Teruskan membaca dan berfikir ok?

Bukankah bapamu telah menghambat dirimu atas kesalahan bodohmu?(sama macam tadi at least kena tengking sampai nangis). Bukankah bapamu juga yang sering termenung sejenak kerana puas melihat kamu makan dengan sangat gelojoh hingga lupa nak pelawa dia makan sekali? Bukankan abang mu yang telah merelakan dirimu dipukul ayah demi menyembunyikan kesilapan mu? Bukankah suami mu yang sanggup mongotori pakaiannya lalu tergesa-gesa mendukungmu apabila melihat setitik darahmu mengalir akibat terjatuh ketika sarat mengandung? Dan bukankah suamimu juga yang sanggup pulang awal meninggalkan ofisnya yang terdiri daripada wanita seksi meksi semata-mata untuk menatap wajah lembut mu?


Jika jawapan mu ya atau bakal menjawab ya untuk soalan-soalan diatas (memandangkn ade antara yg korang budak2 lagi so kne pilih bakal la sebab belum bersuami kan? =P ) maka hormatilah mereka, taatilah perintahnya serta hargai mereka selagi hayat mereka dikandung badan. Tanggungjawab mereka berat jadi aku harap kamu bantulah mereka, aku tak nak dengarlah kes pelik-pelik berkaitan wanita mengkhianati lelaki terutamanya suami isteri yang nampak makin aktif sekarang ni, korang kalau betul-betul nak tahu perasaan lelaki, tengok anak mata mereka ketika marah atau sedih, sebab biasanya korang akan nampak 1benda je, iaitu RISAU. Mereka terlalu risaukan kamu. faham tak? Pada insan bernama lelaki pula ingatlah tugas mu memang berat tetapi kamu perlu berbangga kerana Allah dah pilih kamu khas untuk jadi lelaki. Semua ini kerana kamu sudah cukup hebat untuk menjadi seorang lelaki. Maka yakinlah bahawa kamu tidak pernah keseorangan.

No comments: