Followers

Sunday 7 August 2011

Doraemon vs Maghrib

Aku tak nak cakap banyak jadi aku buat ringkas sahaja ok?

Kartun Shin Chan dan Doraemon yang ditayangkan pada waktu maghrib lebih menarik berbanding solat itu sendiri, kenapa? Korang fikirkan jawapan sambil tengok gambar Masjid Damansara kat bawah ni ok?



Jawapan yang bakal diterima :

1) Kartun tu best, kalau tak tengok rugilah.. Da la sekali seminggu.
2) Pihak ntv7 patut siarkan pada masa lain kartun-kartun macam tu.
3) Solat pukul 8 karang pun sempat lagi.
4) Alah rilex la ni bukan benda besar pun.
5) Apa yang korang fikirkan lepas baca soalan diatas.


naruto diminati oleh lelaki

Macam yang korang tahu, kartun jepun banyak unsur melampau-lampau maksud aku melampau dari segi kuasa. Contohnya, Power Rangers dan Ultraman lah penyelamat bumi (Budak-budak pun mula la nak jadi ultraman segala berbanding nabi Muhammad SAW sendiri), Doraemon yang ada kuasa ajaib (Tak kira tua muda mula cakap kalau la ada doraemon boleh la aku pergi masa lampau aku untuk ubah ini dan itu, berbanding redha dengan Qada' dan Qadar Allah.).



Kita kena berhenti menyalahkan orang lain. Cari salah kita kerana punca kelalaian itu adalah hati kita. Kartun, majalah, drama korea(yang buat korang lupa jam da pukul berapa), movie dan lain-lain tu hanyalah saham-sahamnya sahaja.

Kenapa kita jawapan tiada unsur menyalahkan pihak lain? Sebagai contoh kenapa kita tak jawab kita belum hasilkan kartun yang lebih baik daripada Jepun. Jasalahngan ikut dorang buat kartun ada kuasa pelik-pelik. Cuba tengok kartun upin ipin. Menarik pun menarik, Islamik pun Islamik.



Budak-budak pun da mula ikut-ikut perangai upin ipin. Ini baru contoh yang betul, ini adalah langkah pertama yang hebat, jangan sampai langkah seterusnya jadi sumbang pula dengan doramelayu la, Ultramelayu la apa la.

Berhenti tiru jejak yang, tirulah yang baik sahaja tapi kalau tak ada yang baik, jadilah inovatif dengan mengubah suai malah lebih cantik kalau mampu mencipta yang baru sebagai orang yang kreatif. =)

Tips Lambat Lapar(Puasa)

Ehem..Assalamualaikum.
Lama tak jumpa ek? (huhu tiba-tiba feeling macam ramai sangat yang baca blog aku) Maaf la aku kepenatan tulun ayah aku niaga. Ujian banyak gila atau tak, kiri kanan makanan tapi saat heaven bagi aku time pukul 5-7 petang sebab time tu ramai orang jadi nak toleh kiri kanan pun tak sempat apalagi nak pikir buka apa sat lagi. Memang time tu sangat pantas la, tau-tau je da pukul 7 (oh yeah!!).

Bebalik pada main subject, hari ni aku nak share pengalaman aku puasa kat korang. Dah 8 kali kita bersahur kan, jadi aku nak tanya berapa ramai antara korang yang menjaga kualiti sahur? Maksud aku daripada segi jenis dan nutrisi makanan.


ayie ni bia atek macakkan cahur au?

Aku berani jamin ramai yang pilih makan nasi sebanyak yang boleh untuk tahan lapar daripada fikirkan cara yang lebih baik (yang seiring dengan sunnah berhenti sebelum kenyang). Tapi ramai juga yang tak berapa minat sahur dan ambil jalan mudah dengan makan je apa yang ada. Kan?

So, kali ni aku nak kongsi jenis-jenis makanan yang aku ambil semasa sahur. InsyaAllah, korang berhenti sebelum kenyang pun boleh tahan lapar juga.


pak cik, saya nak satu tandan ye..

TIPS 1
Masukkan kurma dalam senarai, sebab kandungan khasiat terdiri daripada protein, glukos(bukan gula jadi ia menjadikan tugas tubuh menjadi lebih mudah dan buat kita lebih bertenaga), sedikit lemak dan mineral. Korang tau tak khasiat kurma setanding dengan kismis? Kismis mampu membekal kan vitamin B3 pada kita.


protein juga bagus untuk diet supaya korang boleh kurangkan pengambilan nasi tetapi kekal kenyang.

TIPS 2
Tambah protein dalam sajian. Protein sifatnya lambat cerna, contohnya daging anbil masa berjam-jam(tak ingat la berapa jam..8 rasanya,maaf). Jadi daging tu akan berada dalam peut kita selama 8jam. Aku tak payah bagi tahu la kenapa kita lambat lapar kalau makan protein kan? Contoh lain bagi protein ialah susu, telur, dada ayam, dan ikan.


super tomato. cumilnyer..

TIPS 3
Jangan lupa ambil serat. fungsi serat ialah melambatkan proses penyerapan zat ke tubuh kita. Jadi selagi ada zat yang belum diserap, selagi itulah makanan ada dalam perut kita. Contoh serat ialah sayur dan buah(suka makan buah,yeah boleh makan hari-hari =D )



InsyaAllah kalau manfaat kan ketiga-tiga tips ni korang akan bertahan lebih lama, tapi jangan lupa ambil karbohidrat dari nasi juga ok?

Wednesday 3 August 2011

Apa? Kawin Muda?

Topik di atas adalah hasil idea daripada perbincangan beberapa sahabat di SBC. Kenapa aku nak bincang topik ni? Sebab pada pendapat aku, aku respect for those yang berani nikah pada usia yang muda. WHY? Sebab aku suka la. huhu.


Sebab-sebab nikah awal ni ada banyak faktor dan faktor paling aku benci popular sekarang ialah terlanjur. Orang-orang macam ni memang amat-amat buat aku marah!! Kalau ini la penyelesaian yang kau pilih untuk isu korang yang gamak bercouple-couple sambil buat kerja tak senonoh, kenapa la kau tak kawin dengan couple kau tu awal-awal. Hukum wajib nikah for those yang tak mampu kawal nafsu tahu tak? Atau benda macam ni da jadi kebiasaan sebab cerita hollywood sekarang tunjuk kan senario mereka pada kau? So, kau yang berakal malah Islam pun bantai la?

Apa? Sekarang kau nak cakap kat aku yang kau belum mampu nak tanggung makwe kau sebagai isteri ke? Alasan paling bodoh yang aku dengar adalah tak mampu, Tapi batin yang terlebih mampu kau layan pulak? Alasan lain yang aku tak suka dengar ialah mak ayah tak bagi. Makin maju Islam kini makin lambat majlis pernikahan seorang wanita sekarang. Mana datangnya pengaruh tu? Bukan yahudi yang tunjuk ke? Yang cerita holywood tunjuk perempuan kat sana kawin umur 30 tahun sebab mereka rasa itulah umur ideal (kemuncak populariti). So perlahan-lahan kau nak ikut la?
Bagus sangat la tu , sunnah Rasulullah yang nikah dengan Aisyah r.ha yang nikah pada umur 7tahun (banyak khilaf disini) tu tak perlu di ikut? Jangan banyak mencipta alasan. Semakin banyak kita berfikir tentang hal ni, lagi banyak syaitan membisikkan alasan untuk diguna pakai.


Apabila bernikah Allah da janji akan buka pintu rezeki pada kita. Kau tak nak percaya janji Allah ke wahai para bakal suami? Yang isteri pula selaku tongkat rumah tangga kau perlu bantu beban suami. At least buat dia rasa berbaloi tanggungjawab yang dipikul dengan mutiara yang menunggu di rumah.

Wahai ibu dan ayah, tak perlu risau dengan mereka, berikanlah sokongan yang sewajarnya. Izinkan mereka memulakan langkah bagai seorang bayi yang mula dengan baring, meniarap, merangkak, manatih kemudian berjalan. Kalau takut sangat pun tunangkan mereka cara Islam(akan dikupas kemudian). Tunang cara Islam dikenali sebagai nikah khitbah atau melayu gemar menggelarnya sebagai nikah gantung.(Ingat ilmu masih boleh dituntut selepas nikah malah perjalanan menuntut ilmu akan jadi makin senang sebab ada rasa tanggungjawab malah dah habis dah isu kau buat dosa couple time study).



Jangan bangga-banggakan sangat adat melayu, kerana kita tahu ia tidak wajib malah ada yang berdosa kerana ia bagai meniru agama lain. Ikut Islam yang sebenar, tunangkan mereka cara Islam kerana ia lebih selamat. Kalau betul-betul terlanjur pun tak malu. Sebab mereka memang da nikah cuma belum buat kenduri besar-besaran sahaja.

Pada yang pandang rendah pada orang yang kahwin awal, ketahuilah apabila mereka berjaya berjalan di atas kaki sendiri sewajarnya anda yang malu kerana mereka mampu menggalas tanggungjawab yang besar dengan sempurna berbanding anda yang masih di posisi yang sama. Malah mereka juga sudah selesai menjalankan ibadat yang mampu buat para syaitan menangis dan kini mereka sedang memperbanyakkan lagi umat manusia di bumi ini.



Banyak lagi nak cakap tapi panjang da ni. Nanti aku sambung dalam entry NIKAH KITBAH VS TUNANG. Akhir kata, kawan-kawan kita perlu hentikan semua prasangka kita pada mereka, bantulah mereka, beri sokongan kerana itu lebih baik. Mari sama-sama kita doakan agar mereka berjaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna, semoga anak-anak yang lahir akan menjadi salah satu khilafah yang memperjuangkan khalimah Allah satu hari nanti. Amin...

p/s tiada ada kena mengena dengan yang hidup atau telah meninggal dunia..

Tuesday 2 August 2011

Siapa Aku?

Aku seorang?

  1. Perempuan yang bakal bergelar wanita,huhu
  2. Seorang pelajar
  3. Aku tak reti bercakap tentang sesuatu yang belum pernah aku alami. Perkataanku adalah pengalamanku.
  4. Aku mungkin pernah alami apa yang korang tak pernah alami.(mungkin juga tidak)
  5. Aku tak tahu macam mana nak bergurau dengan orang yang aku tak rapat.
  6. Aku susah nak cakap dengan lelaki apatah lagi bergurau and tend to kurang ajar dengan dorang. (agak teruk but i'll try to improve tapi aku bukan anti laki tau. Kalau aku rapat aku ok je.)
  7. Bila aku da bercakap aku susah nak stop.
  8. mula-mula benci..haha
  9. Aku suka tengok korea lagi-lagi kisah yang da kawin contohnya princess hour dan sassy girl. Konsep bercinta selepas kawin tu sangat sweet..haha comel la!! =p
  10. 
    sekarang da syg da huhu
  11. Aku paling tak suka perempuan yang kuat ngendeng-ngendeng kat laki. (merengek tanpa sebab padahal laki tu tak nak dengar pun)
  12. Aku tak suka laki yang tiba-tiba je duduk sebelah aku.(hello,pergi amik kerusi sana. Nak kongsi dengan aku pulak!!)
  13. Aku sangat manja.
  14. huhu lurus betul.!!
  15. Ayah aku cakap aku lurus bendul.
  16. Aku juga tak tahu ambil hati orang tapi aku sangat pemaaf(kadang-kadang makan diri).
  17. Aku puas tengok rumah aku kemas.
  18. Aku juga sangat ciwek. (dulu kwn-kwn laki aku suka ejek pasal ni last-last aku marah sambil air mata aku meleleh-leleh,pastu cakap air mata tu yang tiba-tiba kuar dari mata aku, aku tak nak pon..)
  19. adamak ape da jd ni?
  20. Aku pantang orang gaduh depan makanan dan kejut aku bangun tidur dengan cara kasar.
  21. Aku juga tak suka mencarut.
  22. Oh lupa, aku sangat mudah terpengaruh.
  23. Akhir sekali aku sangat menghargai apa yang aku ada. Contohnya kawan.(Sebab aku tak pandai nak buat kawan, kalau tak kenal aku diam je, aku tak kan tegur sape-sape)
  24. The very last, nama aku masih rahsia..huhu =p