Followers

Sunday 7 August 2011

Tips Lambat Lapar(Puasa)

Ehem..Assalamualaikum.
Lama tak jumpa ek? (huhu tiba-tiba feeling macam ramai sangat yang baca blog aku) Maaf la aku kepenatan tulun ayah aku niaga. Ujian banyak gila atau tak, kiri kanan makanan tapi saat heaven bagi aku time pukul 5-7 petang sebab time tu ramai orang jadi nak toleh kiri kanan pun tak sempat apalagi nak pikir buka apa sat lagi. Memang time tu sangat pantas la, tau-tau je da pukul 7 (oh yeah!!).

Bebalik pada main subject, hari ni aku nak share pengalaman aku puasa kat korang. Dah 8 kali kita bersahur kan, jadi aku nak tanya berapa ramai antara korang yang menjaga kualiti sahur? Maksud aku daripada segi jenis dan nutrisi makanan.


ayie ni bia atek macakkan cahur au?

Aku berani jamin ramai yang pilih makan nasi sebanyak yang boleh untuk tahan lapar daripada fikirkan cara yang lebih baik (yang seiring dengan sunnah berhenti sebelum kenyang). Tapi ramai juga yang tak berapa minat sahur dan ambil jalan mudah dengan makan je apa yang ada. Kan?

So, kali ni aku nak kongsi jenis-jenis makanan yang aku ambil semasa sahur. InsyaAllah, korang berhenti sebelum kenyang pun boleh tahan lapar juga.


pak cik, saya nak satu tandan ye..

TIPS 1
Masukkan kurma dalam senarai, sebab kandungan khasiat terdiri daripada protein, glukos(bukan gula jadi ia menjadikan tugas tubuh menjadi lebih mudah dan buat kita lebih bertenaga), sedikit lemak dan mineral. Korang tau tak khasiat kurma setanding dengan kismis? Kismis mampu membekal kan vitamin B3 pada kita.


protein juga bagus untuk diet supaya korang boleh kurangkan pengambilan nasi tetapi kekal kenyang.

TIPS 2
Tambah protein dalam sajian. Protein sifatnya lambat cerna, contohnya daging anbil masa berjam-jam(tak ingat la berapa jam..8 rasanya,maaf). Jadi daging tu akan berada dalam peut kita selama 8jam. Aku tak payah bagi tahu la kenapa kita lambat lapar kalau makan protein kan? Contoh lain bagi protein ialah susu, telur, dada ayam, dan ikan.


super tomato. cumilnyer..

TIPS 3
Jangan lupa ambil serat. fungsi serat ialah melambatkan proses penyerapan zat ke tubuh kita. Jadi selagi ada zat yang belum diserap, selagi itulah makanan ada dalam perut kita. Contoh serat ialah sayur dan buah(suka makan buah,yeah boleh makan hari-hari =D )



InsyaAllah kalau manfaat kan ketiga-tiga tips ni korang akan bertahan lebih lama, tapi jangan lupa ambil karbohidrat dari nasi juga ok?

No comments: