Followers

Sunday 7 August 2011

Doraemon vs Maghrib

Aku tak nak cakap banyak jadi aku buat ringkas sahaja ok?

Kartun Shin Chan dan Doraemon yang ditayangkan pada waktu maghrib lebih menarik berbanding solat itu sendiri, kenapa? Korang fikirkan jawapan sambil tengok gambar Masjid Damansara kat bawah ni ok?



Jawapan yang bakal diterima :

1) Kartun tu best, kalau tak tengok rugilah.. Da la sekali seminggu.
2) Pihak ntv7 patut siarkan pada masa lain kartun-kartun macam tu.
3) Solat pukul 8 karang pun sempat lagi.
4) Alah rilex la ni bukan benda besar pun.
5) Apa yang korang fikirkan lepas baca soalan diatas.


naruto diminati oleh lelaki

Macam yang korang tahu, kartun jepun banyak unsur melampau-lampau maksud aku melampau dari segi kuasa. Contohnya, Power Rangers dan Ultraman lah penyelamat bumi (Budak-budak pun mula la nak jadi ultraman segala berbanding nabi Muhammad SAW sendiri), Doraemon yang ada kuasa ajaib (Tak kira tua muda mula cakap kalau la ada doraemon boleh la aku pergi masa lampau aku untuk ubah ini dan itu, berbanding redha dengan Qada' dan Qadar Allah.).



Kita kena berhenti menyalahkan orang lain. Cari salah kita kerana punca kelalaian itu adalah hati kita. Kartun, majalah, drama korea(yang buat korang lupa jam da pukul berapa), movie dan lain-lain tu hanyalah saham-sahamnya sahaja.

Kenapa kita jawapan tiada unsur menyalahkan pihak lain? Sebagai contoh kenapa kita tak jawab kita belum hasilkan kartun yang lebih baik daripada Jepun. Jasalahngan ikut dorang buat kartun ada kuasa pelik-pelik. Cuba tengok kartun upin ipin. Menarik pun menarik, Islamik pun Islamik.



Budak-budak pun da mula ikut-ikut perangai upin ipin. Ini baru contoh yang betul, ini adalah langkah pertama yang hebat, jangan sampai langkah seterusnya jadi sumbang pula dengan doramelayu la, Ultramelayu la apa la.

Berhenti tiru jejak yang, tirulah yang baik sahaja tapi kalau tak ada yang baik, jadilah inovatif dengan mengubah suai malah lebih cantik kalau mampu mencipta yang baru sebagai orang yang kreatif. =)

No comments: