Followers

Wednesday 3 August 2011

Apa? Kawin Muda?

Topik di atas adalah hasil idea daripada perbincangan beberapa sahabat di SBC. Kenapa aku nak bincang topik ni? Sebab pada pendapat aku, aku respect for those yang berani nikah pada usia yang muda. WHY? Sebab aku suka la. huhu.


Sebab-sebab nikah awal ni ada banyak faktor dan faktor paling aku benci popular sekarang ialah terlanjur. Orang-orang macam ni memang amat-amat buat aku marah!! Kalau ini la penyelesaian yang kau pilih untuk isu korang yang gamak bercouple-couple sambil buat kerja tak senonoh, kenapa la kau tak kawin dengan couple kau tu awal-awal. Hukum wajib nikah for those yang tak mampu kawal nafsu tahu tak? Atau benda macam ni da jadi kebiasaan sebab cerita hollywood sekarang tunjuk kan senario mereka pada kau? So, kau yang berakal malah Islam pun bantai la?

Apa? Sekarang kau nak cakap kat aku yang kau belum mampu nak tanggung makwe kau sebagai isteri ke? Alasan paling bodoh yang aku dengar adalah tak mampu, Tapi batin yang terlebih mampu kau layan pulak? Alasan lain yang aku tak suka dengar ialah mak ayah tak bagi. Makin maju Islam kini makin lambat majlis pernikahan seorang wanita sekarang. Mana datangnya pengaruh tu? Bukan yahudi yang tunjuk ke? Yang cerita holywood tunjuk perempuan kat sana kawin umur 30 tahun sebab mereka rasa itulah umur ideal (kemuncak populariti). So perlahan-lahan kau nak ikut la?
Bagus sangat la tu , sunnah Rasulullah yang nikah dengan Aisyah r.ha yang nikah pada umur 7tahun (banyak khilaf disini) tu tak perlu di ikut? Jangan banyak mencipta alasan. Semakin banyak kita berfikir tentang hal ni, lagi banyak syaitan membisikkan alasan untuk diguna pakai.


Apabila bernikah Allah da janji akan buka pintu rezeki pada kita. Kau tak nak percaya janji Allah ke wahai para bakal suami? Yang isteri pula selaku tongkat rumah tangga kau perlu bantu beban suami. At least buat dia rasa berbaloi tanggungjawab yang dipikul dengan mutiara yang menunggu di rumah.

Wahai ibu dan ayah, tak perlu risau dengan mereka, berikanlah sokongan yang sewajarnya. Izinkan mereka memulakan langkah bagai seorang bayi yang mula dengan baring, meniarap, merangkak, manatih kemudian berjalan. Kalau takut sangat pun tunangkan mereka cara Islam(akan dikupas kemudian). Tunang cara Islam dikenali sebagai nikah khitbah atau melayu gemar menggelarnya sebagai nikah gantung.(Ingat ilmu masih boleh dituntut selepas nikah malah perjalanan menuntut ilmu akan jadi makin senang sebab ada rasa tanggungjawab malah dah habis dah isu kau buat dosa couple time study).



Jangan bangga-banggakan sangat adat melayu, kerana kita tahu ia tidak wajib malah ada yang berdosa kerana ia bagai meniru agama lain. Ikut Islam yang sebenar, tunangkan mereka cara Islam kerana ia lebih selamat. Kalau betul-betul terlanjur pun tak malu. Sebab mereka memang da nikah cuma belum buat kenduri besar-besaran sahaja.

Pada yang pandang rendah pada orang yang kahwin awal, ketahuilah apabila mereka berjaya berjalan di atas kaki sendiri sewajarnya anda yang malu kerana mereka mampu menggalas tanggungjawab yang besar dengan sempurna berbanding anda yang masih di posisi yang sama. Malah mereka juga sudah selesai menjalankan ibadat yang mampu buat para syaitan menangis dan kini mereka sedang memperbanyakkan lagi umat manusia di bumi ini.



Banyak lagi nak cakap tapi panjang da ni. Nanti aku sambung dalam entry NIKAH KITBAH VS TUNANG. Akhir kata, kawan-kawan kita perlu hentikan semua prasangka kita pada mereka, bantulah mereka, beri sokongan kerana itu lebih baik. Mari sama-sama kita doakan agar mereka berjaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna, semoga anak-anak yang lahir akan menjadi salah satu khilafah yang memperjuangkan khalimah Allah satu hari nanti. Amin...

p/s tiada ada kena mengena dengan yang hidup atau telah meninggal dunia..

2 comments:

cik lumix said...

assalamualaikum.
setuju dengan pandangan awak :)
saya kenal dua orang yang kawin muda :) (bukan kerana masalah-masalah)
alhamdullilah parents diorang memberkati.hidup bahagia sekarang walaupun dua-dua masih belajar dan umur pun baru 19 tahun :)

RAFIQAH SHAHIRA said...

bgus la untuk mereka sbb dapat support penuh. apabila ibu bapa da lepas biasanya dengan masyarakat akan jadi masalah. hal macam ni tak patut jadi bahan umpatan.

Kat kampung pun ada yang da kawin PMR, gila mmg gila tp klu jodoh kita diam2 sudah la..benda baik kan?