Followers

Saturday 29 October 2011

Kawin Gantung VS Khitbah

Dah lama tak update blog jadi iqa pun da lupa apa yang tajuk yang iqa da janji dulu tapi memang ada kena mengena dengan hal ni la. Betul kan?

Jadi apa yang anda semua tahu tentang berkhitbah? Sebenarnya Khitbah ni ialah istilah tunang dalam Islam. Persoalannya Khitbah sama je ke dengan tunang cara adat melayu?

Jawapannya tak sama sebab berkhitbah juga dikenali sebagai kawin gantung. Jadi orang yang berkhitbah telah halal keatas satu sama lain tetapi tunang adat melayu tak halal.

Tapi tak ramai orang melayu yang amalkan khitbah kerana khitbah ni ada banyak kelebihan dan kekurangannya.

Macam yang kita tahu bila jalankan khitbah kadang-kadang ada jiran yang mengata. Tak hairanlah kerana khitbah ni kan buat kecil-kecilan sementara tunggu besar-besaran.

Mungkin jiran-jiran yang mengata tu terasa hati kerana tak dijemput kot. Ap-apa pun bila berkhitbah pasti ada yang kelihatan macam tak kena je. Cewah!! da macam ada pengalaman pulak kan? huhu..

Tapi pokok pangkalnya kita kena buka mata kita luas-luas. Sebenarnya jika kita amalkan khitbah ni untuk gantikan amalan tunang Melayu dan couple untuk try and error kita tu tentu gejala-gejala yang kita tak suka tu berlaku kan?

Yang paling penting, tak ada jasad tak bernyawa dijumpai di tempat yang tak sepatutnya.

Buka minda,buka hati wahai sahabat-sahabat dan ibu bapa. Hentikan bersikap konon-konon nak cari yang terbaik, konon-konon nak jaga air muka dan...... konon-konon segala-galanya ok? *alamak tiba-tiba tak ada idea.. Tak nak cakap banyak jadi have a nice reading..

p/s : maaf jika terlanjur bahasa.. =)

No comments: