Followers

Saturday 29 October 2011

Hantaran Oh Hantaran


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
...
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000


***TETAPI YG DEGREE KE ATAS KALAU XPANDAI "MASAK" AUTOMATIC AKAN DI TOLAK 50% DRPD NILAI BIDAAN.

Siapa setuju dengan bidaan di atas? Angkat kening!! Kerana anda akan dapat banyak duit hantaran jika anda merupakan pelajar lepasan diploma keatas.


Tapi rasanya aku nak tambah sikit la dengan syarat-syarat kat atas tu. Lagipun syarat-syarat tu aku cuma copy dari post kawan kat facebook.






Syarat dari aku pula ialah tambah 0 pada setiap angka hantaran jika anda wanita yang taat beragama tetapi tolakkan 0 di setiap angka juga sekirannya anda keras kepala untuk mengenal taat pada agama.


Ilmu itu umpama pokok yang sentiasa berbuah, yang mampu berbakti kepada sesiapa sahaja tanpa mengira balasan tetapi agama itu umpama akar kepada pepohon.


Bagaimana pohon berbuah jika akarnya rosak?Tak salah jika anda tersilap langkah tapi memang salah jika anda tak mahu berubah.

Masih tak setuju dengan pendapat aku? Hem...apabila seorang wanita dikahwini seorang lelaki maka akan terjadilah 2 jenis situasi:
  1. Beban seorang suami bertambah berat dengan dosa-dosa isteri yang ingkar pada agama.
  2. Beban suami bertambah ringan dengan kesolehan isterinya. Ala macam lagu Isteri Cerdik Yang Soleha tu.
boleh jadi ciri-ciri lelaki idaman ni...!!


Jadi logik la apabila seorang wanita itu semakin cerdik maka semakin mahal la harga pada dirinya tetapi ia harus berlandaskan iman dan ketaqwaan. *lagipun tak kan kita nak mulakan sesuatu perhubungan dengan menyusahkan orang tu kecualilah jika dia mampu.

Akhir kata, terimalah ilmu atau nasihat itu walaupun ia diucapkan oleh seorang pelacur kerana belum tentu orang yang beragama akan menyampaikan ilmu atau nasihat yang sama kepada anda. Think positively and have a nice reading. =D

p/s : jangan letak mahal-mahal jika kita cuma bebankan orang yang kita sayang kerana sebaik-baik wanita ialah wanita yang paling mudah urusan maharnya. ;-)

1 comment:

callestavaidya said...

Casino Reviews & Demos - DrMCD
All the best Casino Games, from 평택 출장안마 slots 상주 출장샵 to live dealers and more. The best casino games for real money. Jackpot Slots - Roulette 사천 출장안마 - 거제 출장마사지 Blackjack - Three Card 대구광역 출장샵 Poker